UNCIRCULATED(UNC)-Sempurna.Mempunyai penjuru yang tajam,tiada kesan lipat.Tiada kepudaran warna.Kertas kukuh dan bersih.
ABOUT UNCIRCULATED(AU)-Kelihatan sempurna.Namun bahagian tengah atau penjurunya terdapat sedikit kesan lipat.Mempunyai punjuru yang tajam.Tiada kesan calar.Tiada kepudaran warna.Permukaan bersih.
EXTREMELY FINE(EF)-Maksimum 3 kesan lipatan yang minor,atau 1 kesan calar.Mempunyai punjuru yang tajam.Tiada kepudaran warna.Permukaannya bersih.
VERY FINE(VF)-Terdapat beberapa kesan lipatan.Permukaan sedikit kotor,dan warnanya sedikit pudar.Penjuru mungkin terkoyak,tapi tidak dibahagian sisi.Masih mempunyai penjuru yang tajam.Kertas masih kelihatan keras.
FINE(F)-Terdapat banyak kesan lipat dan calar.Terdapat sedikit kotoran.Sisinya mungkin terkoyak sikit dan terdapat lubang staple atau lubang pin,tapi tidak ditengahnya.Warnanya masih kelihatan tapi tidak terang.
VERY GOOD(VG)-Penjuru koyak dan tidak tajam.Warna pudar.Terdapat lubang-lubang kecil,tapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.
GOOD(G)-Permukaan koyak,mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat.Terdapat lubang-lubang,tapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.Terdapat kesan contengan tulisan.
FAIR(FA)-Permukaan yang lenyai,koyak,kotor dan kepudaran warna.Lubangnya lebih besar.Sebahagian daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan.
POOR(P)-Permukaan yang lenyai,koyak,kotor dan kepudaran warna.Lubangnya lebih besar.Sebahagian besar daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan.Bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.
-------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment